AGENSI

Ehsan Mart Sungai Tua rancang laksana Jualan Ehsan Rahmah tiap minggu

6 Okt 2024, 6:00 AM
Ehsan Mart Sungai Tua rancang laksana Jualan Ehsan Rahmah tiap minggu
Ehsan Mart Sungai Tua rancang laksana Jualan Ehsan Rahmah tiap minggu
Ehsan Mart Sungai Tua rancang laksana Jualan Ehsan Rahmah tiap minggu

GOMBAK, 6 OKT: Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Ehsan Mart Sungai Tua, Dataran Selayang di sini dirancang diteruskan setiap minggu hingga Disember ini.

Penyelianya Salahuddin Alias berkata jualan melibatkan beras super special import 5kg dengan harga RM13, minyak masak 5kg (RM25), daging beku 1kg (RM10), ayam (RM10 seekor) dan telur (RM10 sepapan).

“Ini kali pertama Ehsan Mart Sungai Tua laksana JER sejak dibuka pada 9 September lalu dan sambutan diterima amat menggalakkan dengan kehadiran kira-kira 500 pengunjung selama dua hari penganjuran bermula semalam.

[caption id="attachment_666714" align="aligncenter" width="652"] Orang ramai beratur untuk membeli barangan keperluan asas dalam program Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Pasar Raya Ehsan Mart Sungai Tua Dataran Selayang, Gombak pada 6 Oktober 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MDIA SELANGOR[/caption]

“Jadi kita cadang untuk buat setiap minggu sehingga Disember ini untuk beri peluang kepada penduduk sekitar membeli barang keperluan pada harga lebih murah dari pasaran,” katanya ditemui hari ini.

Mengulas lanjut katanya mereka yang berkunjung ke outlet itu juga boleh mendapatkan barangan jenama Ehsan keluaran Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) seperti kordial, biskut, kicap dan bihun.

JER di Ehsan Mart Sungai Tua menyediakan 300 kampit beras super special import, minyak masak 5kg (72 botol), daging beku 1kg (200 pek), ayam (500 ekor) dan telur (300 papan) untuk pengunjung.

[caption id="attachment_666715" align="aligncenter" width="649"] Orang ramai membeli barangan keperluan asas dalam program Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Pasar Raya Ehsan Mart Sungai Tua Dataran Selayang, Gombak pada 6 Oktober 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MDIA SELANGOR[/caption]

Sebelum ini, PKPS melancarkan pembukaan Ehsan Mart yang menawarkan barangan asas sehingga 15 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran luar.

Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata pasar raya itu bakal diperluas di seluruh 56 Dewan Undangan Negeri (DUN) dengan dua lagi bakal dibina tahun ini di Pandan Indah dan Hulu Klang, selain dijangka siap di semua 56 DUN menjelang 2027.