Konflik Palestin memasuki fasa baharu apabila rejim Zionis meluaskan skala serangan terhadap Lubnan dan Syria, selepas menghentam bumi Palestin, khususnya Gaza.
Kononnya menggempur kumpulan Harakat al-Muqawamah al-Islamiyyah atau Hamas dan Hizbullah, tindakan Israel membunuh 41,615 warga Palestin dan 1,400 rakyat Lubnan, setakat Oktober.
Tempoh 12 bulan perang menyaksikan pemimpin Hamas dibunuh, termasuk Ketua Biro Politiknya Ismail Haniyeh. Setiausaha Agung Hizbullah Hassan Nasrallah juga mati diserang Israel.
Iran buat pertama kali berperang secara terbuka dengan melancarkan ratusan peluru berpandu pada April dan Oktober ke Israel sebagai membalas pengeboman konsulatnya di Syria dan pembunuhan sekutunya.
Koleksi foto REUTERS memaparkan Gaza yang musnah dibantai dan serangan di Lubnan selain reaksi masyarakat dunia terhadap kekejaman Zionis sejak Oktober 2023. Keterangan oleh HAFIZAN TAIB.
[caption id="attachment_666671" align="aligncenter" width="1179"]
Kepulan asap dan api kelihatan selepas tentera Israel menyerang menara tinggi di Gaza pada 7 Oktober 2023. Serangan balas Zionis susulan tindakan Hamas menangkap lebih 250 rakyat negara itu sebagai tebusan[/caption]
[caption id="attachment_666672" align="aligncenter" width="997"]
Kereta kebal Israel mengambil kedudukan untuk menggempur pejuang Hamas dalam operasi terhadap kumpulan berkenaan pada 12 November 2023. Serangan darat ke wilayah Palestin bermula 27 Oktober 2023[/caption]
[caption id="attachment_666673" align="aligncenter" width="1099"]
Rakyat Palestin meratapi kematian wartawan tempatan Hassouna Sleem dan Sary Mansour yang terbunuh dalam serangan Israel ke atas sebuah rumah dalam kawasan hospital di tengah Semenanjung Gaza pada 19 November 2023[/caption]
[caption id="attachment_666674" align="aligncenter" width="1105"]
Orang ramai mengusung keranda ketua Hamas yang dibunuh, Ismail semasa perarakan pengebumiannya di Tehran, Iran pada 1 Ogos. Yahya Sinwar diumum ketua biro politik Hamas baharu menggantikan Ismail[/caption]
[caption id="attachment_666675" align="aligncenter" width="1167"]
Penduduk Palestin yang hilang tempat tinggal akibat serangan Israel berlindung di kem penempatan di Rafah, selatan Semenanjung Gaza pada 14 Februari. Hampir dua juta rakyat Palestin hilang tempat tinggal sejak pencerobohan Gaza[/caption]
[caption id="attachment_666676" align="aligncenter" width="1071"]
Sistem pertahanan udara Israel memintas peluru berpandu Iran di ruang udara Ashkelon, Israel pada 1 Oktober. Iran melancarkan serangan terhadap negara itu bagi membalas pembunuhan pemimpin Hamas dan Hizbullah[/caption]
[caption id="attachment_666677" align="aligncenter" width="1011"]
Penunjuk perasaan mengangkat papan tanda sokongan terhadap Palestin ketika demonstrasi pelajar dan orang ramai membantah tindakan Israel di Universiti George Washington, Washington, Amerika Syarikat pada 25 April[/caption]
[caption id="attachment_666678" align="aligncenter" width="953"]
Kanak-kanak bermain di kawasan runtuhan selepas serangan Israel di kem pelarian Nuseirat, tengah Semenanjung Gaza pada 9 Jun. Lebih 16,000 kanak-kanak maut dalam tempoh setahun serangan rejim berkenaan[/caption]
[caption id="attachment_666679" align="aligncenter" width="1062"]
Rakyat Palestin berkumpul menerima bantuan termasuk bekalan makanan disediakan Program Makanan Sedunia di luar pusat pengedaran Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu di Jabalia, utara Semenanjung Gaza pada 24 Ogos[/caption]
[caption id="attachment_666680" align="aligncenter" width="1129"]
Pemimpin agama dan rakyat Iraq memijak bendera Israel serta
Amerika Syarikat ketika menghadiri perhimpunan untuk mengucapkan takziah berikutan kematian Setiausaha Agung Hizbullah di Basra pada 28 September[/caption]
[caption id="attachment_666681" align="aligncenter" width="985"]
Lelaki Palestin Ismail Al-Khlout membaca al-Quran semasa menunggu waktu berbuka puasa di kawasan rumahnya yang musnah akibat serangan Israel dalam bulan Ramadan di Beit Lahia, utara Semenanjung Gaza pada 13 Mac[/caption]
[caption id="attachment_666682" align="aligncenter" width="1260"]
. Lokasi terakhir Hassan di selatan Beirut musnah dibom Israel.
Pemimpin utama Hizbullah yang memimpin gerakan menentang Zionis sejak 32 tahun lalu disahkan maut dalam serangan udara pada 27 September[/caption]
[caption id="attachment_666683" align="aligncenter" width="1066"]
Rakyat Palestin melintasi kawasan bangunan yang musnah dibedil Israel di kem pelarian Jabalia pada 31 Mei. Tentera rejim giat memburu pejuang Hamas di utara Semenanjung Gaza sejak pertempuran pada Oktober 2023[/caption]
[caption id="attachment_666684" align="aligncenter" width="970"]
Penduduk Palestin menghadiri solat Jumaat berhampiran runtuhan masjid yang musnah dibom Israel di Rafah, selatan Semenanjung Gaza pada 1 Mac. Operasi ketenteraan rejim Zionis turut menyasarkan hospital dan sekolah[/caption]


