AGENSI

Tanah runtuh di Jalan Kuala Kubu Bharu-Gap, kerja pembersihan selesai

5 Okt 2024, 2:13 AM
Tanah runtuh di Jalan Kuala Kubu Bharu-Gap, kerja pembersihan selesai

SHAH ALAM, 5 OKT: Jabatan Kerja Raya (JKR) Hulu Selangor mengesahkan berlaku kejadian tanah runtuh di Jalan Kuala Kubu Bharu-Gap (FT55) kira-kira jam 4.15 pagi tadi.

Kerja pembersihan runtuhan membabitkan kawasan sepanjang kira-kira 20 meter selesai dan laluan dibuka kepada pengguna jam 7.15 pagi.

"Pasukan bencana kami sudah dimaklumkan berhubung kejadian itu. Laluan boleh dilalui," katanya menerusi hantaran di Facebook.

Apa reaksi anda?