SHAH ALAM, 4 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang hingga 9 malam.
Cuaca hujan disertai ribut petir juga diramal berlaku di seluruh Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Melaka, Johor, Negeri Sembilan, Labuan, Kuala Lumpur dan Putrajaya selain beberapa kawasan di Perak, Terengganu, Pahang dan Sarawak.
MetMalaysia memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.


