AGENDA

Sabak Bernam, Gombak antara empat daerah diramal hujan hingga 1 pagi

3 Okt 2024, 12:59 PM
Sabak Bernam, Gombak antara empat daerah diramal hujan hingga 1 pagi
Sabak Bernam, Gombak antara empat daerah diramal hujan hingga 1 pagi

SHAH ALAM, 3 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda daerah Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak hingga 1 pagi.

Cuaca hujan disertai ribut petir juga diramal berlaku di seluruh Perlis, Kedah dan Pulau Pinang dan Perak selain beberapa kawasan di Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan dan Sarawak.

MetMalaysia memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_666296" align="aligncenter" width="658"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.