AGENDA

Angka kematian rakyat Palestin hampir 42,000 orang, 96,625 cedera

2 Okt 2024, 3:49 PM
Angka kematian rakyat Palestin hampir 42,000 orang, 96,625 cedera

GAZA, 2 OKT: Angka kematian rakyat Palestin akibat serangan agresif Israel ke atas Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober 2023 kini melonjak kepada 41,689 orang, menurut sumber perubatan pada Rabu.

Sumber itu berkata sekurang-kurangnya 96,625 orang mengalami kecederaan dalam serangan berkenaan, lapor Agensi Berita Palestin (WAFA).

Sekurang-kurangnya 51 orang terbunuh dan 165 lagi cedera dalam serangan Israel yang berlaku dalam tempoh 24 jam lalu, menurut mereka.

Sumber itu juga berkata ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalanan kerana penyelamat tidak dapat menghampiri mereka.

- BERNAMA-WAFA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.