AGENSI

Gombak, Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 10 malam

1 Okt 2024, 12:06 PM
Gombak, Hulu Langat diramal hujan lebat hingga 10 malam

SHAH ALAM, 1 OKT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat di Gombak dan Hulu Langat hingga 10 malam.

Cuaca hujan disertai ribut petir juga diramal berlaku di Kuala Lumpur dan Labuan selain beberapa kawasan di Kedah, Pulau Pinang, Sarawak dan Sabah.

Agensi itu memaklumkan cuaca sama dijangka berlaku di Kuala Lumpur dan Putrajaya selain beberapaa kawasan di Perak, Negeri Sembilan, Johor dan Sabah.

MetMalaysia memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.