AGENDA

KL, Gombak, Klang antara lokasi diramal hujan lebat hingga 6 petang

30 Sep 2024, 8:15 AM
KL, Gombak, Klang antara lokasi diramal hujan lebat hingga 6 petang
KL, Gombak, Klang antara lokasi diramal hujan lebat hingga 6 petang

SHAH ALAM, 30 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan daerah Kuala Selangor, Klang, Gombak dan Petaling dilanda hujan lebat hingga 6 petang.

Agensi itu  memaklumkan keadaan sama dijangka melanda di Kuala Lumpur dan Pulau Pinang, selain beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah.

MetMalaysia memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_665700" align="aligncenter" width="701"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.