ad
BERITA UTAMA

Lebih 30 DUN anjur saringan kesihatan percuma, ribuan terima manfaat

29 Sep 2024, 12:00 PM
Lebih 30 DUN anjur saringan kesihatan percuma, ribuan terima manfaat
Lebih 30 DUN anjur saringan kesihatan percuma, ribuan terima manfaat
Lebih 30 DUN anjur saringan kesihatan percuma, ribuan terima manfaat

HULU LANGAT, 29 SEPT: Lebih 30 Dewan Undangan Negeri (DUN) telah menganjurkan saringan kesihatan percuma setakat ini yang memberi telah manfaat kepada ribuan peserta.

EXCO Kesihatan Awam Jamaliah Jamaluddin memaklumkan pihaknya giat menjalani promosi Selangor Saring kepada DUN lain dalam usaha memastikan lebih ramai rakyat menerima manfaat.

[caption id="attachment_665544" align="aligncenter" width="758"] EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin bercakap kepada media selepas program Mini Karnival Kesihatan Malaysia Madani di Bandar Teknologi Kajang, Hulu Langat pada 29 September 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Kerajaan Negeri mahu meningkatkan jumlah saringan dengan memberi ruang kepada ketua kampung dan ahli majlis untuk berhubung dengan pejabat saya.

“Mereka juga boleh anjurkan, tidak perlu menunggu dari Pusat Khidmat DUN. Syaratnya perlu penyertaan lebih 100 peserta dan negeri sentiasa menanti untuk mengemukakan tarikh cadangan bagi laksana program di kawasan masing-masing,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Majlis Karnival Kesihatan Madani di Dewan Serbaguna Bandar Teknologi Kajang di sini hari ini.

[caption id="attachment_665541" align="alignnone" width="793"] EXCO Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Jamaliah Jamaluddin bersama Ahli Parlimen Bangi Syahredzan Johan melihat pengunjung membuat pemeriksaan kesihatan ketika program Mini Karnival Kesihatan Malaysia Madani di Bandar Teknologi Kajang, Hulu Langat pada 29 September 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Menurutnya lagi, kadar gula dan kolestrol tinggi merupakan gejala paling banyak dikesan melalui program Selangor Saring setakat ini.

“Penyakit yang paling banyak dikesan berkaitan dengan gaya hidup seperti kencing manis yang kerap dihadapi rakyat Malaysia memandangkan kita mempunyai pelbagai makanan sedap.

“Keputusan saringan akan dihantar melalui aplikasi Langkah Masuk Dengan Selamat (SElangkah) untuk peserta jalani pemeriksaan susulan di klinik panel berhampiran,” jelasnya.

Menerusi pembentangan Belanjawan Selangor 2024, Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengumumkan peruntukan RM3.2 juta bagi meneruskan saringan kesihatan percuma tahun ini.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.