AGENDA

Ektremis agama bersikap angkuh, bertentangan pegangan Ahli Sunah Waljamaah

27 Sep 2024, 1:15 AM
Ektremis agama bersikap angkuh, bertentangan pegangan Ahli Sunah Waljamaah

SHAH ALAM, 27 SEPT: Ekstemis agama adalah fahaman yang merangkumi pemikiran, tindakan dan sikap yang bertentangan dengan ajaran Ahli Sunah Waljamaah.

Pensyarah Fakulti Pengajian Islam Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) berkata  golongan tersebut bersikap kasar dan keras malah gemar meletakkan label tertentu terhadap pihak yang tidak bersetuju dengan ideologi mereka.

"Menurut ulama tersohor Syeikh Dr Yusuf Al-Qaradawi, keangkuhan menjadi ciri utama ekstremisme agama dalam memperjuang dan mempertahankan ideologi mereka. Pertentangan ini didorong oleh rasa angkuh sehingga semua pemikiran, sikap dan tindakan mereka melampaui batas.

“Mereka tidak memahami al-Quran dan Sunnah dengan jelas dan sahih,” katanya ketika membentangkan kajian kritis refleksi Yusuf Al-Qaradawi terhadap ekstremisme agama.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Refleksi Kritis Yusuf al-Qaradawi terhadap ekstremisme agama sempena Seminar Kajian Islam peringkat Selangor anjuran Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) di Hotel Acappella di sini, semalam.

Dr Ahmad Munawar berkongsi karya pemikir Islam itu turut mendefiniskan ekstremisme agama membawa fahaman yang menyeleweng daripada semua sudut termasuk akidah, perundangan, akhlak dan cara berfikir.

“Ideologi ini hakikatnya adalah lemah tetapi liar. Lawan kepada ideologi ini adalah al-Wasatiyyah, iaitu kesederhanaan dan keseimbangan daripada semua aspek termasuk spritual, ideal, material, perasaan, emosi dan peribadi.

“Tindakan mereka memberi implikasi yang buruk kepada imej agama Islam,” jelasnya.