ad
AGENDA

LTdL: Laluan di Hulu Selangor, Ampang, Kajang ditutup berperingkat 2, 3 Oktober

26 Sep 2024, 5:50 AM
LTdL: Laluan di Hulu Selangor, Ampang, Kajang ditutup berperingkat 2, 3 Oktober

KUALA LUMPUR, 26 SEPT: Beberapa laluan sekitar daerah Hulu Selangor, Ampang dan Kajang akan ditutup secara berperingkat dan dilencongkan pada 2 dan 3 Okt ini sempena Le Tour de Langkawi (LTdL) 2024.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata laluan yang ditutup pada 2 Okt bermula 12 tengah hari membabitkan lokasi pelepasan di Dataran Pekan Hulu Selanggor-Jalan Dato Muda Jaafar-Jalan Rasathurai-Jalan Mat Kilau- Jalan Merdeka-Jalan Syed Mansor-Jalan Kuala Lumpur/Tanjung Malim-Jalan Ampang Pechah-Jalan Kuala Kubu/Fraser Hill-Empangan Sungai Selangor.

Beliau berkata pada 3 Okt jalan ditutup bermula 11 pagi ialah di lokasi pelepasan di KLCC-Jalan Ampang-Jalan Taman Putra-Jalan Hulu Langat-Jalan Bukit Ampang Menara Tinjau-Jalan Sungai Tekali-Jalan Bukit Hantu-Jalan Sungai Lalang-Jalan Semenyih-Jalan Tasik Kesuma-Jalan Beranang.

“Penutupan jalan dan lencongan secara berperingkat untuk semua jenis kenderaan akan dilaksanakan oleh pihak Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik daerah mengikut hari serta peringkat perlumbaan bagi melancarkan pergerakan lalu lintas dan keselamatan di lokasi laluan yang terlibat.

“Pengguna jalan raya dinasihatkan mengelak daripada menggunakan laluan terlibat pada masa ditetapkan bagi penutupan jalan dan merancang awal perjalanan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

-- BERNAMA

 

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.