SHAH ALAM, 25 SEPT: Pasukan Sukarelawan Selangor (SERVE) hari ini berada di Alor Setar, Kedah bagi membantu kerja-kerja pembersihan pascabanjir, maklum Dato' Menteri Besar.
Dato' Seri Amirudin Shari berkata SERVE dengan kekuatan 16 individu membantu membersihkan Kampung Suka Menanti dan Alor Merah di daerah Kota Setar.
[caption id="attachment_664993" align="aligncenter" width="815"] Pasukan Sukarelawan Selangor (SERVE) membantu kerja-kerja pembersihan pascabanjir di beberapa kawasan terjejas bah di Alor Setar, Kedah pada 25 September 2024. Foto Facebook Amirudin Shari[/caption]
Jumlah mangsa bah di Kedah berkurangan kepada 2,942 daripada 939 keluarga setakat 4 petang, berbanding 5,454 orang daripada 1,745 keluarga pagi tadi.
Kota Setar kekal mencatatkan jumlah mangsa tertinggi dengan 1,576 mangsa daripada 521 keluarga masih ditempatkan di lapan PPS diikuti daerah Pendang dengan 1,220 mangsa membabitkan 366 keluarga berada di 10 PPS.
Ditubuhkan sejak 2021, SERVE kini mempunyai lebih 5,000 sukarelawan yang sentiasa bersiap siaga membantu masyarakat menghadapi krisis dan bencana.