ad
AGENDA

Hari tanpa gula setiap Rabu di Parlimen, terap gaya hidup sihat

25 Sep 2024, 10:32 AM
Hari tanpa gula setiap Rabu di Parlimen, terap gaya hidup sihat

KUALA LUMPUR, 25 SEPT: Parlimen akan melaksanakan hari tanpa gula pada setiap Rabu sepanjang tempoh persidangan Dewan Rakyat bermula 14 Oktober depan.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul menjelaskan langkah itu bagi memastikan wakil rakyat termasuk pengamal media mengamalkan gaya hidup sihat.

“Hari Rabu (kita) ‘haramkan’, tak ada gula (di Parlimen) untuk amal gaya hidup sihat dan kita akan pantau. Ini termasuk pengamal media yang hadir buat liputan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Libat Urus Mesyuarat Ketiga Sidang Dewan Rakyat bersama Pengamal Media di Blok Utama Parlimen di sini hari ini.

Dalam pada itu, Johari mengingatkan ahli parlimen untuk menjalani pemeriksaan kesihatan bagi membolehkan langkah pencegahan segera diambil.

“Saya difahamkan ada ahli parlimen kesan penyakit, terus jumpa doktor dan ambil ubat. Ini satu perkembangan baik.

"Kebimbangan kita jika wakil rakyat tidak dapat berfungsi disebabkan masalah kesihatan, rakyat di kawasan mereka akan terkesan. Jadi kita akan teruskan arahan saringan ini,” jelasnya.

Sebelum ini, ahli parlimen diarah menjalani saringan kesihatan selewat-lewatnya pada 11 November dengan nama mereka yang gagal mematuhi arahan itu akan dipaparkan di laman web.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.