AGENDA

RUU Akta Perkhidmatan Parlimen dibentang 14 Oktober

25 Sep 2024, 10:00 AM
RUU Akta Perkhidmatan Parlimen dibentang 14 Oktober
RUU Akta Perkhidmatan Parlimen dibentang 14 Oktober

KUALA LUMPUR, 25 SEPT: Rang Undang-undang Akta Perkhidmatan Parlimen (PSA) bagi memberi kuasa autonomi kepada pentadbiran dan kewangan Parlimen dibentangkan pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berkata Kabinet baru-baru ini telah meluluskan pelaksanaan semula akta itu selepas ia dimansuhkan pada 1992.

[caption id="attachment_664969" align="aligncenter" width="734"] Yang Dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul berucap pada program Libat Urus Mesyuarat Ketiga Sidang Dewan Rakyat Bersama Pengamal Media di Dewan Bankuet, Blok Utama Parlimen pada 25 September 2024. Foto FITRI HAZIM HAZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

“Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said akan membuat pembentangan pada Mesyuarat Ketiga nanti di Dewan Rakyat bermula 14 Oktober ini.

“Saya difahamkan pelaksanaan akta dijangka akan mengambil masa hingga satu setengah tahun selepas melalui semua peringkat bermula pembentangan RUU, pengundian dan perbahasan bila diluluskan dibawa ke Dewan Negara,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas program Libat Urus Mesyuarat Ketiga Sidang Dewan Rakyat bersama Pengamal Media di Blok Utama Parlimen di sini hari ini.

Johari turut menyeru semua ahli Parlimen menyokong akta itu bagi memartabatkan doktrin pengasingan kuasa antara badan perundangan dan eksekutif.

“Dengan PSA ini membolehkan bergerak dengan pantas tanpa sekatan Eksekutif khususnya dalam dua bidang iaitu perkhidmatan dan kewangan.

“Lantikan perkhidmatan boleh dibuat mengikut merit dan kelayakan selain peruntukan kewangan ditadbir mengikut lunas undang-undang,” ujarnya.

Mac lalu, Azalina berkata Pindaan Perlembagaan bagi mengembalikan semula PSA sudah 90 peratus siap dan menunggu masa untuk dibentangkan di Dewan Rakyat.

PSA mula digubal pada 1963, hanya beberapa bulan sebelum pembentukan Malaysia namun dimansuhkan pada 1992.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.