ad
AGENSI

Jom hadir Karnival Zakat Selangor hujung minggu ini, tawar lebih 3,000 peluang kerja

24 Sep 2024, 2:10 PM
Jom hadir Karnival Zakat Selangor hujung minggu ini, tawar lebih 3,000 peluang kerja

SHAH ALAM, 24 SEPT: Lebih 3,000 peluang pekerjaan ditawarkan dalam Karnival iKerjaya sempena Karnival Zakat Selangor pada Sabtu dan Ahad ini.

Lembaga Zakat Selangor memaklumkan berlangsung di Dataran Karnival, Stadium Shah Alam mulai 9 pagi hingga 6 petang, tawaran kerja melibatkan 30 majikan daripada pelbagai industri.

Menurut agensi itu pelbagai aktiviti dan pertandingan dianjurkan sempena Karnival Zakat Selangor seperti jualan Rahmah, cabutan bertuah serta kaunter taksir dan agihan zakat.

“Aktiviti lain termasuk malam gema kasih Ilahi, pertandingan mewarna, pertandingan bicara berirama, pertandingan nasyid, zoo haiwan jinak dan larian CEO.

“Buat julung kalinya Lembaga Zakat Selangor bakal menganjurkan Karnival Zakat Selangor. Jom datang beramai-ramai nanti,” katanya di Facebook.

Turut disediakan kaunter bayaran saman dan kompaun Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) sempena karnival dua hari itu.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.