ad
AGENDA

Sembilan rumah kayu musnah terbakar di Sibu

22 Sep 2024, 2:50 PM
Sembilan rumah kayu musnah terbakar di Sibu

SIBU, 22 SEPT: Kira-kira sembilan buah rumah kayu yang terletak di tepi sungai Batang Igan di Kampung Hilir di sini musnah dalam kebakaran petang tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata pihaknya menerima menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu pada 6.43 petang.

“Susulan itu, 25 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral, BBP Sungai Merah dan BBP Sibu Jaya telah digerakkan ke lokasi.

“Komander operasi memaklumkan kebakaran berlaku melibatkan anggaran lapan ke sembilan rumah dan operasi pemadaman sedang dijalankan,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Melalui penstriman langsung oleh penduduk yang tinggal berdekatan lokasi kejadian, api kelihatan masih marak dan kemungkinan merebak ke lebih banyak rumah yang berdekatan.

-- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.