AGENDA

Amaran hujan lebat di seluruh Perlis, beberapa daerah di Kedah hingga 6 petang

21 Sep 2024, 9:43 AM
Amaran hujan lebat di seluruh Perlis, beberapa daerah di Kedah hingga 6 petang

KUALA LUMPUR, 21 SEPT: Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang yang dijangka melanda beberapa negeri hingga 6 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan amaran itu meliputi Perlis dan Kedah melibatkan daerah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena dan Padang Terap.

Selain itu, beberapa kawasan di Sarawak iaitu Kuching, Sri Aman dan Sarikei (Pakan dan Julau) dijangka mengalami fenomena cuaca yang sama.

MetMalaysia turut mengeluarkan amaran itu bagi Sandakan, Sabah merangkumi Telupid, Kinabatangan dan Beluran.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.