AGENDA

Curi komponen lori, penganggur ada 46 rekod jenayah ditahan

20 Sep 2024, 1:30 AM
Curi komponen lori, penganggur ada 46 rekod jenayah ditahan

NIBONG TEBAL, 20 SEPT: Seorang penganggur dengan 46 rekod jenayah ditahan Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) kerana disyaki terlibat dalam kes kecurian komponen lori di Simpang Ampat.

Ketua Polis Daerah SPS Supt Chong Boo Khim berkata suspek berusia 47 tahun itu ditahan dalam operasi khas pada Rabu, susulan laporan kecurian komponen lori di kawasan tersebut.

"Suspek mengaku terlibat bersama dua rakan yang masih bebas, dan usaha mengesan mereka sedang giat dijalankan," katanya dalam kenyataan malam tadi.

Chong berkata dalam serbuan itu, polis turut merampas sebuah van yang dilaporkan dicuri di Bukit Tengah. Suspek kini direman empat hari hingga Ahad untuk siasatan di bawah Seksyen 379A Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.