AGENDA

Semarak reformasi, himpunan KEADILAN di Bukit Jalil pada Jumaat

18 Sep 2024, 7:57 AM
Semarak reformasi, himpunan KEADILAN di Bukit Jalil pada Jumaat

SHAH ALAM, 18 SEPT: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengajak orang ramai menyertai himpunan bagi menyemarakkan gelombang reformasi serta mengangkat aspirasi Malaysia MADANI pada Jumaat ini.

Bemula 8 malam di Axiata Arena Bukit Jalil, himpunan bertemakan Suara Rakyat Suara Keramat, Dari Reformasi Ke Malaysia MADANI! membawa semangat perjuangan yang tidak pernah pudar sejak 1998.

"Ayuh beramai-ramai hadir! Kini masa untuk terus membawa semangat perjuangan yang tidak pernah pudar semenjak tahun 1998.

"Pastikan anda tidak ketinggalan untuk menyemarakkan gelombang reformasi rakyat ini bagi mengangkat aspirasi Malaysia MADANI. Jumpa anda semua di sana!," maklum parti itu di Facebook.