ad
AGENDA

Yang kita tahu dalam isu GISB, dakwaan jenayah seks, peralat kanak-kanak

18 Sep 2024, 1:00 AM
Yang kita tahu dalam isu GISB, dakwaan jenayah seks, peralat kanak-kanak

Serbuan ke atas 20 rumah amal di Selangor dan Negeri Sembilan yang membawa penahanan 171 orang pada 11 September membongkar pelakuan jenayah seks termasuk liwat selain isu eksplotasi kanak-kanak.

Menurut Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain, seramai 402 mangsa terdiri daripada 201 kanak-kanak dan remaja lelaki selain 201 perempuan diselamatkan dalam Op Global.

Isu tersebut yang dikaitkan dengan Global Ikhwan Services & Business (GISB) Holdings itu juga mengimbau ingatan orang ramai terhadap pergerakan al-Arqam yang diharamkan dan diwarta sesat pada 1994.

Berikut ringkasan maklumat yang diketahui setakat 17 September:

Siapa GISB Holdings?

  • Global Ikhwan Sdn Bhd diasaskan Ashaari Muhammad sebelum ditukar nama kepada Global Ikhwan Services & Business (GISB) Holdings
  • kini diketuai Datuk Nasaruddin Mohd Ali selaku ketua pegawai eksekutif
  • ada 25 anak syarikat dan syarikat bersekutu di dalam dan luar negara
  • ada pelbagai cabang perniagaan meliputi 20 negara
  • ada 38 kedai serbaneka, 63 kedai roti dan kek serta 120 restoran setakat 2022
  • miliki 5,356 pekerja setakat 2024

Apakah pergerakan al-Arqam?

  • diasas Ashaari Muhammad pada di Kampung Datuk Keramat, Kuala Lumpur pada 1968
  • wujudkan perkampungan di Sungai Pencala, Rawang pada 1972
  • amal Aurad Muhammadiah yang dibawa Sheikh al-Suhaimi, kononnya Imam Mahdi yang ghaib
  • Majlis Fatwa Kebangsaan warta al-Arqam sebagai sesat pada 1994
  • ada rangkaian perniagaan sebelum diteruskan Rufaqa Corporation Sdn Bhd (Rufaqa) pada 1997
  • Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor putuskan Rufaqa dan syarikat gabungan bawa fahaman al-Arqam
  • Pengikut al-Arqam dan Rufaqa membuat istitabah (permohonan taubat) dengan Jais pada 2013
  • Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor tidak pernah ditarik balik fatwa sesat

Apa kata polis selepas serbuan?

  • GISB Holding disiasat polis sejak 2011
  • Risikan dapati kanak-kanak dan remaja diajar meliwat dan meliwat orang lain
  • sahkan 13 kanak-kanak diliwat berdasarkan pemeriksaan perubatan
  • 39 lagi rumah amal negara kendalian GISB Holding dalam pemantauan
  • beku 96 akaun GISBH bernilai RM581,552.31
  • teliti rakaman penderaan kanak-kanak dan remaja yang huni rumah amal
  • terima dua aduan kes dera kanak-kanak yang dilapor bapa mangsa di Kluang, Johor
  • kemuka tiga kertas siasatan kepada Jabatan Peguam Negara babitkan Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak
  • seorang ahli GISB Holdings dituduh di Mahkamah Putrajaya esok

Apa reaksi balas GISB Holdings?

  • akui beberapa kes liwat ada berlaku
  • nafi penyediaan 'air berkat' guna bulu serta kaki
  • dakwa tuduhan sebagai fitnah untuk jatuhkan perniagaan syarikat Islam
  • mahu dapatkan khidmat peguam untuk failkan saman

Apa tindakan pihak berkuasa agama?

  • Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) teliti 19 rakaman dalam media sosial Pusat Kajian Ajaran Sesat (Pukas)
  • Majlis Agama Islam Selangor (Mais) siasat rumah amal, sekolah agama yang ada kaitan GISB Holdings untuk elak ajaran menyeleweng, ekploitasi kanak-kanak
  • Isu GISB Holdings akan dibawa ke Jawatankuasa Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI)
  • Mais akan bentang kajian berkaitan GISB Holdings kepada Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor

Apa kenyataan menteri berkaitan?

  • Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said arah Jabatan Bantuan Guaman bantu mangsa dengan tawarkan khidmat pendamping kanak-kanak
  • Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail jangka siasatan ambil masa panjang kerana abitkan ramai mangsa termasuk kanak-kanak