ad
BERITA UTAMA

Masjid Jamek Cina Muslim unik, terap unsur seni berusia lebih 1,000 tahun

16 Sep 2024, 4:40 AM

KEUNIKAN seni bina Masjid Jamek Cina Muslim Klang di Bandar Botanik diilhami Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Dibiayai Kerajaan Negeri, rumah ibadat bernilai RM19.3 juta itu, yang turut memiliki menara setinggi 18 meter, menggunakan inspirasi Masjid Besar X'ian, China yang berusia 1,282 tahun.

Projek mulai 20 Disember 2017 itu dijayakan Jabatan Agama Islam Selangor dengan kerjasama beberapa pihak termasuk Persatuan Cina Muslim Malaysia sebelum siap sepenuhnya Julai tahun ini.

Tanpa kubah, masjid seluas 2.98 ekar itu boleh menampung 1,000 jemaah dilengkapi perpustakaan, bilik kuliah dan persalinan, kedai cenderamata, restoran dan bilik khas untuk ibu dan kanak-kanak.

Sarat unsur seni Cina lama, rumah ibadat tersebut dibuka secara rasmi pada 22 Ogos. Kira kira 500 umat Islam bersolat maghrib pada hari berkenaan diikuti solat Jumaat pada hari berikutnya.

Jurufoto HARUN TAJUDIN merakam sebahagian keunikan di masjid tersebut. Keterangan oleh HAFIZAN TAIB.

[caption id="attachment_663542" align="aligncenter" width="992"] Arkitek Muhammad Ridha Lua menerang pelan pembinaan Masjid Jamek Cina Muslim Klang hasil cetusan idea DYMM Sultan Selangor pada 23 Ogos[/caption]

[caption id="attachment_663543" align="aligncenter" width="1182"] Hampir 500 jemaah mengerjakan solat maghrib yang pertama pada 22 Ogos. Rumah ibadat berkenaan mampu menampung 1,000 jemaah[/caption]

[caption id="attachment_663544" align="aligncenter" width="998"] DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj mendengar penerangan berkaitan masjid oleh Pengarah Jabatan Kerja Raya negeri Dato' Ir Roslan Abdul Aziz dan Muhammad Ridha pada 7 Mei 2019. Foto Pace Design Architects[/caption]

[caption id="attachment_663545" align="aligncenter" width="1162"] Keunikan hiasan dinding dengan corak bermotif bunga lotus dan kaligrafi Arab tertulis nama-nama Allah menghiasi dewan solat utama masjid tersebut[/caption]

[caption id="attachment_663546" align="aligncenter" width="1182"] Lebih 500 jemaah khusyuk mendengar khutbah yang disampaikan khatib Ahmad Mujahid Muhamad Zan sebelum solat Jumaat sulung pada 23 Ogos[/caption]

[caption id="attachment_663547" align="aligncenter" width="1066"] Gerbang ke rumah ibadat Cina muslim dihiasi cahaya lampu limpah yang menyerlahkan keindahan seni bina tradisi kaum itu ketika waktu senja pada 22 Ogos[/caption]

[caption id="attachment_663548" align="aligncenter" width="1027"] Orang ramai bergerak keluar melalui gerbang Menara Cahaya Bulan selepas selesai menunaikan solat Jumaat pertama di masjid itu pada 23 Ogos[/caption]

[caption id="attachment_663549" align="aligncenter" width="989"] Umat Islam mengambil wuduk untuk menunaikan solat berjemaah buat pertama kali pada waktu maghrib ketika hari pembukaannya di Bandar Botanik, Klang pada 22 Ogos[/caption]

[caption id="attachment_663550" align="aligncenter" width="1150"] Pendakwah Cina muslim Adlu Kan Yong Sheng menyampaikan kuliah dan mengajar bahasa Arab kepada pelajar di ruang terbuka dalam masjid pada 31 Ogos. Foto Pace Design Architects[/caption]

[caption id="attachment_663551" align="aligncenter" width="1059"] Sekumpulan umat Islam menunaikan solat berjemaah di dewan solat utama pada 22 Ogos. Ruang siling dan karpet diterapkan elemen corak bunga dan motif Cina. Foto Facebook Masjid Jamek Cina Muslim Klang[/caption]

[caption id="attachment_663552" align="aligncenter" width="1137"] Pengunjung wanita membaca teks khutbah terakhir Nabi Muhammad SAW pada dinding di hadapan pintu masjid pada 7 September. Teks ditulis dalam bahasa Melayu, Cina, Inggeris dan Arab[/caption]

[caption id="attachment_663553" align="aligncenter" width="1062"] Reka bentuk yang dikenali gerbang bulan terletak berdekatan menara masjid turut dihiasai corak bermotifkan tradisi Cina lama pada 22 Ogos[/caption]

[caption id="attachment_663554" align="aligncenter" width="953"] Reka bentuk pintu masuk dihiasi paku besi keemasan menarik minat pengunjung. Rekaan tersebut mirip pintu masuk kota-kota purba di China[/caption]

[caption id="attachment_663555" align="aligncenter" width="1026"] Pengunjung teruja melihat keunikan menara sebelum masuk waktu solat maghrib pada 22 Ogos. Dikenali Menara Cahaya Bulan, ia menempatkan pembesar suara laungan azan[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.