SHAH ALAM, 15 SEPT: Majlis Pimpinan Pusat Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) menyusun semula
beberapa jawatan penting untuk memantapkan gerak kerja parti.
Naib presiden parti Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) Pahang Fuziah Salleh dilantik sebagai setiausaha agung menggantikan Saifuddin Nasution Ismail.
Beliau memaklumkan menerusi kenyataan, Saifuddin Nasution akan menumpukan usaha sebagai ketua setiausaha Pakatan Harapan, anggota Biro Politik KEADILAN dan ahli Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan.
Saifuddin Nasution juga dilantik sebagai penasihat jawatankuasa pengurusan yang dianggotai Naib Presiden Nurul Izzah Anwar; Fuziah; Bendahari Agung William Leong; Timbalan Angkatan Muda Keadilan Muhammad Kamil Munim dan Timbalan Ketua Wanita Juwairiya Zulkifli.
"Jawatan pengerusi MPN Pahang akan diisi Rizal Jamin. Bagi negeri Perak, Mohamad Hairul Amir Sabri dilantik sebagai pengerusi MPN Perak bagi menggantikan Chang Lih Kang yang terus menjawat naib presiden KEADILAN. Mohd Azlan Helmi pula dilantik sebagai timbalan pengerusi MPN Perak
“Kesemua lantikan itu berkuat kuasa serta merta,” jelasnya.