AGENSI

Kunjungi jualan murah di lapan tempat hujung minggu ini, ayam seekor RM10

13 Sep 2024, 10:00 AM
Kunjungi jualan murah di lapan tempat hujung minggu ini, ayam seekor RM10
Kunjungi jualan murah di lapan tempat hujung minggu ini, ayam seekor RM10
Kunjungi jualan murah di lapan tempat hujung minggu ini, ayam seekor RM10

SHAH ALAM, 13 SEPT: Program jualan murah barangan dapur kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) diteruskan di lapan lokasi hujung minggu ini.

Bermula 10 pagi, orang ramai berpeluang membeli ayam serendah RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) dan telur gred B (RM10 sepapan).

Jualan Ehsan Rahmah (JER) yang berakhir 1 tengah hari itu turut menawarkan ikan kembung pada harga RM6 satu pek, minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Berikut lokasi jualan murah hujung minggu ini:

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.