AGENSI

Jualan Ehsan Rahmah rekod jualan RM20.4 juta, naik lebih 50 peratus

10 Sep 2024, 8:00 AM
Jualan Ehsan Rahmah rekod jualan RM20.4 juta, naik lebih 50 peratus
Jualan Ehsan Rahmah rekod jualan RM20.4 juta, naik lebih 50 peratus

SHAH ALAM, 10 SEPT: Program jualan murah barangan asas kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) merekodkan nilai jualan sebanyak RM20.4 juta bagi tempoh Januari hingga Ogos lalu.

Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKPS Datuk Wira Dr Mohamad Khairil Mohamad Razi berkata nilai Jualan Ehsan Rahmah (JER) itu mencatat peningkatan lebih 50 peratus berbanding tahun lalu.

“Nilai jualan direkodkan tahun ini RM20.4 juta bagi Januari hingga Ogos meni. Jumlah ini mngkat lebih 55 peratus berbanding RM11.4 juta untuk tempoh sama pada tahun lalu.

“Jumlah ini diperoleh membabitkan 628 lokasi penganjuran program JER di 56 Dewan Undangan Negeri(DUN) seluruh Selangor. Antara barangan laris ayam, telur dan beras,” katanya kepada SelangorKini.

JER menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Program itu dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Pada 8 September, PKPS melancarkan pembukaan Pasar Raya Ehsan Mart yang menawarkan barangan asas sehingga 15 peratus lebih rendah berbanding harga pasaran luar.  Pasar raya yang bakal diperluas di seluruh Dewan Undangan Negeri (DUN) adalah kesinambungan program JER yang diperkenal sejak 2022.

Bagi meluaskan capaian, PKPS dengan kerjasama Segi Fresh menyasarkan pembukaan 10 cawangan Pasaraya Ehsan Segi Fresh, tahun ini. Pasar raya pertama telah dibuka di Bagan Nakhoda Omar, Bernam Jaya.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.

[caption id="attachment_662619" align="aligncenter" width="701"] Pengunjung tidak melepaskan peluang membeli barangan asas yang dijual murah berbanding harga pasaran sempena Jualan Ehsan Rahmah (JER) di Gelanggang Bola Keranjang Klang Utama, Klang pada 13 Mei 2024. Foto REMY ARIFIN/SELANGORKINI[/caption]