ad
AGENDA

Selangor bakal tubuh suruhanjaya urus sumber air bawah satu pentadbiran

10 Sep 2024, 7:55 AM
Selangor bakal tubuh suruhanjaya urus sumber air bawah satu pentadbiran
Selangor bakal tubuh suruhanjaya urus sumber air bawah satu pentadbiran

Oleh Danial Dzulkifly

SHAH ALAM, 10 SEPT: Selangor bakal menubuhkan badan khas dikenali sebagai Suruhanjaya Air Selangor (SAS), bagi melindungi sumber air negeri termasuk pengurusan kumbahan.

EXCO infrastruktur berkata status Jawatankuasa Skim Jaminan Air Mentah (SJAM) juga bakal dinaikkan kepada SAS untuk mengurus isu air bawah satu pentadbiran.

Menurut Ir Izham Hashim, negeri turut mempertimbang untuk mengambil alih cabang syarikat pembentungan Indah Water Konsortium (IWK) Sdn Bhd, sebahagian daripada inisiatif itu.

“Negeri ini memerlukan rangka kerja undang-undang yang kukuh untuk melindungi sumber airnya. Sebab itulah kami sedang mempertimbangkan untuk mengambil alih IWK Selangor.

“SAS akan membolehkan pengurusan aset air lebih bersepadu di negeri ini. Sehingga kini, tiada negeri lain yang melakukannya,” katanya dalam temu bual bersama Selangor Journal, baru-baru ini.

[caption id="attachment_647012" align="alignleft" width="429"] Exco Pertanian Ir Izham Hashim ketika program pemuliharaan sumber perikanan darat Sungai Langat oleh Jabatan Perikanan Selangor di Denai Sungai Kebangsaan, Hulu Langat pada 9 Jun 2024. Foto NUR ADIBAH AHMAD IZAM/SELANGORKINI[/caption]

Tidak menetapkan garis masa bagi pelaksanaannya, jelasnya, langkah itu akan menyatukan agensi termasuk Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) dan Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor).

LUAS, yang ditubuhkan bawah Enakmen Lembaga Urus Air Selangor 1999 berfungsi mengawasi lembangan sungai, air bawah tanah, tasik, kolam, bekas lombong dan pantai melalui pengurusan bersepadu.

Air Selangor, pula membekalkan air terawat kepada 9.3 juta pengguna di Selangor, Kuala Lumpur, dan Putrajaya. Ia mengendalikan 34 loji rawatan di 11 wilayah sekitar Lembah Klang.

Dalam pada itu, Ir Izham menyatakan penubuhan SAS tidak bertentangan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), berikutan ia turut melibatkan pengurusan kumbahan.

Tambahnya, suruhanjaya itu sebahagian pelan pengurusan air komprehensif negeri, merangkumi perancangan aset air dan strategi mitigasi banjir jangka pendek, sederhana dan panjang.

Ketika ini, jawatankuasa SJAM, meliputi kerjasama agensi dan pihak berkuasa tempatan, bertanggungjawab mengurus sumber air negeri, termasuk projek infrastruktur berkaitan air.

Empat projek utama bawah SJAM melibatkan pembekalan, pemasangan, ujian dan pentauliahan sistem pengepaman selain kerja-kerja berkaitan di pelbagai lokasi.

Pada Julai, Ir Izham memberi jaminan projek tersebut beroperasi sepenuhnya menjelang Oktober tahun ini, tanpa tempoh lanjutan diberikan kepada kontraktor.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.