AGENSI

Hulu Selangor, Gombak, KL diramal hujan lebat sehingga 6 petang

9 Sep 2024, 7:48 AM
Hulu Selangor, Gombak, KL diramal hujan lebat sehingga 6 petang

SHAH ALAM, 9 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan ribut petir melanda Hulu Selangor, Gombak dan Kuala Lumpur sehingga 6 petang.

Agensi itu di Facebook memaklumkan keadaan sama diramal melanda beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang, Negeri Sembilan dan Johor.

MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.