ad
AGENSI

Khidmat BooksFly2U masih berjalan, mudahkan orang ramai pinjam buku

9 Sep 2024, 6:48 AM
Khidmat BooksFly2U masih berjalan, mudahkan orang ramai pinjam buku

SHAH ALAM, 9 SEPT: Khidmat pinjaman buku BooksFly2U yang dilancar Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) sejak empat tahun lalu diteruskan sehingga kini.

Ketua Bahagian Korporatnya Zafarullah Aris berkata khidmat berkenaan tetap mendapat permintaan terutama untuk penghantaran sekitar Lembah Klang.

“Permintaan sentiasa ada cuma lebih ramai yang datang ke perpustakaan. Dahulu kita lancarkan sebab mahu mudahkan orang ramai memandangkan ketika itu penularan Covid-19.

“Sekarang khidmat ini kita gunakan untuk menghantar buku ke mana-mana perpustakaan selain pinjaman sekitar Lembah Klang,” katanya kepada Selangorkini.

Melalui inisiatif dilancar pada Julai 2020, peminjam hanya perlu membuat panggilan telefon atau menghantar pesanan tajuk buku ke nombor 011-56877760 atau 03-55197667.

Dalam tempoh dua hari, petugas perpustakaan akan mendapatkannya dan mengatur penghantaran menggunakan khidmat e-panggilan, dengan kos termasuk pemulangan ditanggung peminjam.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.