SHAH ALAM, 8 SEPT: Hujan lebat diramal melanda Kuala Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat hingga 5 petang.
Menurut Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) cuaca sama dijangka melanda Kuala Lumpur, Perlis dan Melaka.
Beberapa kawasan di Kedah, Perak, Kelantan, Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak dan Sabah juga diramal alami keadaan sama.
Tambah agensi itu, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.



