AGENSI

Hujan lebat diramal melanda Sepang hingga 3 petang

8 Sep 2024, 4:50 AM
Hujan lebat diramal melanda Sepang hingga 3 petang

SHAH ALAM, 8 SEPT: Hujan lebat diramal melanda daerah Sepang hingga 1 pagi, maklum Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

Agensi itu turut menjangkakan cuaca sama melanda beberapa kawasan di Pahang, Negeri Sembilan, Melaka dan Johor.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.