AGENDA

Klang, Petaling antara daerah diramal hujan lebat hingga 10 pagi ini

7 Sep 2024, 12:59 AM
Klang, Petaling antara daerah diramal hujan lebat hingga 10 pagi ini

SHAH ALAM, 7 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat serta ribut kencang melanda Klang, Petaling, Kuala Langat dan Sepang hingga 10 pagi.

Agensi itu memaklumkan menerusi Facebook, cuaca sama dijangka berlaku di Putrajaya serta Seremban dan Port Dickson, Negeri Sembilan.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.