AGENDA

PM: Malaysia harap lebih banyak syarikat Rusia masuk, aliran pelancong meningkat

7 Sep 2024, 12:36 AM
PM: Malaysia harap lebih banyak syarikat Rusia masuk, aliran pelancong meningkat

VLADIVOSTOK (Rusia), 7 SEPT: Malaysia berharap kemasukan lebih banyak syarikat Rusia ke dalam negara dan peningkatan aliran pelancong antara kedua-dua pihak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu temu bual dengan RIA Novosti dan RT, lapor Sputnik.

“Dengan Rusia, saya fikir ada potensinya. Kami berharap, sekarang kami telah berkomunikasi dengan banyak syarikat utama di Rusia, untuk datang ke Malaysia dan peningkatan khususnya pelancongan yang akan membawa manfaat.

"Kami juga akan memudahkan pelancong Malaysia melawat Rusia,” kata Anwar di luar Forum Ekonomi Timur (EEF).

Forum Ekonomi Timur bermula dari Selasa hingga Jumaat. Ia dihoskan oleh Far Eastern Federal University, di Vladivostok, Rusia, sebuah bandar pesisir pantai Pasifik. Sputnik ialah rakan kongsi penerangan berkenaan EEF 2024.

- BERNAMA-SPUTNIK

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.