AGENDA

KL, Gombak, Sepang antara lokasi diramal hujan lebat hingga 2 petang

6 Sep 2024, 4:00 AM
KL, Gombak, Sepang antara lokasi diramal hujan lebat hingga 2 petang
KL, Gombak, Sepang antara lokasi diramal hujan lebat hingga 2 petang

SHAH ALAM, 6 SEPT: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Hulu Langat dan Sepang hingga 2 petang.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, cuaca hujan dengan angin kencang juga dijangka berlaku di Kuala Lumpur dan Putrajaya selain beberapa kawasan di Negeri Sembilan dan Johor.

Menurut MetMalaysia, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_661946" align="aligncenter" width="650"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]