ad
AGENDA

Malaysia, Rusia gesa Israel hentikan segera serangan ke atas Gaza

5 Sep 2024, 4:26 AM
Malaysia, Rusia gesa Israel hentikan segera serangan ke atas Gaza

VLADIVOSTOK (Rusia), 5 SEPT: Malaysia dan Rusia sepakat menuntut supaya Israel menghentikan serangan ganas dan zalim ke atas Gaza dengan segera.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata demikian dalam sidang media di hari terakhir lawatan kerja beliau ke Rusia, di Vladivostok, hari ini.

Pada masa sama Anwar berkata Malaysia menghormati langkah-langkah yang dilakukan Mesir untuk menyalurkan bantuan kemanusiaan, makanan dan perubatan di Gaza.

Anwar yang kini dalam lawatan kerja dua hari ke Rusia mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rusia Vladimir Putin, di Vladivostok, semalam.

-BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.