ad
AGENDA

PM perhebat kerjasama, sedia teroka potensi sebenar Malaysia-Rusia

5 Sep 2024, 3:44 AM
PM perhebat kerjasama, sedia teroka potensi sebenar Malaysia-Rusia
PM perhebat kerjasama, sedia teroka potensi sebenar Malaysia-Rusia

SHAH ALAM, 5 SEPT: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kesediaan Malaysia meneroka potensi sebenar dengan Rusia, termasuk meningkatkan kerjasama dalam semua bidang.

Dato’ Menteri Besar yang turut serta dalam lawatan kerja di Vladivostok, Rusia berkata Malaysia juga komited untuk memperhebat kerjasama kumpulan serantau ASEAN dengan negara tersebut.

"Sebagai tuan rumah Sidang Kemuncak ASEAN 2025, Malaysia memberi jaminan untuk meningkatkan kerjasama kumpulan serantau ASEAN dengan negara tersebut dalam pelbagai bidang.

"(Ini) termasuk kerjasama perdagangan dan pelaburan serta Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) juga sektor pertanian dan keterjaminan makanan serta pelancongan," kata Dato' Seri Amirudin Shari di Facebook.

[caption id="attachment_661769" align="aligncenter" width="790"] Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari bersama delegasi kerajaan menyertai pertemuan dua hala Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (kiri) dengan Presiden Rusia, TYT Vladimir Putin di Vladivostok, Rusia pada 5 September 2024. Foto Fath Rizal & Suhairi / Pejabat Perdana Menteri Malaysia[/caption]

Sebelum itu, beliau bersama delegasi kerajaan diketuai perdana menteri mengadakan pertemuan dua hala dengan Presiden Rusia Vladimir Putin di Vladivostok.

Menerusi pertemuan itu, Anwar turut menyatakan kekesalan Malaysia terhadap isu keganasan di Palestin yang sudah melarat dan mengorbankan banyak nyawa tidak berdosa.

Dalam lawatan sempena Forum Ekonomi Timur (EEF), Amirudin turut meluahkan kesyukuran apabila Putin mengundang Malaysia menyertai Sidang Kemuncak BRICS pada 22 sehingga 24 Oktober di Kazan.

Lawatan itu turut disertai Menteri Luar Negeri Dato’ Seri Mohamad Hasan dan Menteri Pelaburan Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Aziz.

Anwar yang juga menteri kewangan akan menghadiri EEF kesembilan pada 3 hingga 6 September dan berucap dalam sidang pleno pada 5 September.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.