ad
AGENSI

Lima buku IBDE dengan kerjasama Media Selangor antara 10 karya terjemahan terlaris

3 Sep 2024, 3:00 AM
Lima buku IBDE dengan kerjasama Media Selangor antara 10 karya terjemahan terlaris
Lima buku IBDE dengan kerjasama Media Selangor antara 10 karya terjemahan terlaris
Lima buku IBDE dengan kerjasama Media Selangor antara 10 karya terjemahan terlaris

SHAH ALAM, 3 SEPT: Lima buku terbitan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) dengan kerjasama Media Selangor antara 10 karya terjemahan paling laris pada Ogos.

Menurut syarikat penerbitan itu, naskhah berkenaan termasuklah Mata-Mata Gelap Malaya: Peranan Cawangan Khas pada Zaman Darurat 1945–60 dan Ramuan Kebahagiaan.

Turut mendapat permintaan ramai adalah Muslihat Mahathir: Mengharung Zaman Gelora, Gelagat dan Ragam Orang Melayu dan Tanpa Ampun: Tiga Tahun Diburu Jepun di Rimba Malaya.

Sementara itu, Naskhah riwayat Rasulullah berjudul Muhammad: Riwayat Hidup Berdasarkan Sumber Terawal karya Martin Lings yang dihasilkan dengan kerjasama Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) kekal sebagai buku terlaris.

"Selain karya paling laris Muhammad, terjemahan terbaharu Mata-Mata Gelap Malaya merangkul tempat kedua carta bulanan (Ogos) selari dengan sambutan ulang tahun kemerdekaan negara.

"Bulan kemerdekaan juga menyaksikan biografi arkitek pemodenan Malaysia diburu pembaca iaitu buku Muslihat Mahathir," katanya di Facebook.

Pada Julai pula menyaksikan enam naskhah terbitan IBDE dengan kerjasama Media Selangor menjadi antara 10 karya terjemahan paling laris.

Naskhah itu termasuklah Memelihara Jiwa: Petua Daripada Tabib Kurun Ke-9, Ramuan Kebahagiaan, Gelagat dan Ragam Orang Melayu, Detik-Detik Akhir Empayar Utsmaniah.

Dua lagi naskhah adalah Mata-Mata Gelap Malaya: Peranan Cawangan Khas pada Zaman Darurat 1945–60 dan Umar Al-Khattab: Kebijaksanaan Sebagai Pedang.

IBDE yang menerima geran Kerajaan Negeri giat menerbitkan buku terjemahan pelbagai genre meliputi sejarah, falsafah dan agama, sesetengah naskhah asal berusia ribuan tahun.

Karya terbitan IBDE boleh didapati melalui kedai buku Rencana di Sri Damansara, Petaling Jaya atau secara atas talian menerusi pautan bukuibde.com

[caption id="attachment_617090" align="aligncenter" width="700"] Orang ramai melihat koleksi buku terbitan Inisiatif Buku Darul Ehsan (IBDE) di Pesta Buku Antarabangsa Selangor 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen MBSA, Shah Alam pada 2 Disember 2023. Foto FIKRI YUSOF/SELANGORKINI[/caption]

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.