AGENSI

Beras, ayam, minyak masak di lima lokasi jualan murah hari ini

1 Sep 2024, 12:00 AM
Beras, ayam, minyak masak di lima lokasi jualan murah hari ini
Beras, ayam, minyak masak di lima lokasi jualan murah hari ini

SHAH ALAM, 1 SEPT: Program Jualan Ehsan Rahmah (JER) kendalian Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS) menemui orang ramai di lima lokasi hari ini.

Bermula 10 pagi hingga 1 tengah hari, jualan murah barangan dapur itu menawarkan ayam RM10 seekor, daging pejal (RM10/pek) telur gred B (RM10 sepapan), ikan kembung (RM6/pek), minyak masak lima kg (RM25) dan beras lima kg (RM13).

Berikut lima lokasi JER hari ini:

JER dijadual berlangsung di lebih 1,800 lokasi tahun ini, tidak termasuk program jualan murah di cawangan pasar raya Segi Fresh pada hujung minggu.

Sebelum ini, PKPS menerima Anugerah Pengurusan Berkualiti kerana kejayaan cemerlang termasuk pengendalian program JER. Agensi itu turut diiktiraf Malaysia Book of Records (MBOR) kerana menganjurkan jualan bersubsidi terbesar.

Lokasi terkini jualan murah boleh disemak di Facebook PKPS atau mengimbas kod QR di poster jualan atau pautan http://linktr.ee/myPKPS.