ad
SELANGOR

MB jumpa pemimpin setempat, bincang isu berbangkit di Hulu Kelang

31 Ogos 2024, 1:32 PM
MB jumpa pemimpin setempat, bincang isu berbangkit di Hulu Kelang
MB jumpa pemimpin setempat, bincang isu berbangkit di Hulu Kelang
MB jumpa pemimpin setempat, bincang isu berbangkit di Hulu Kelang

AMPANG JAYA, 31 OGOS: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari mengadakan pertemuan bersama beberapa pemimpin setempat di Dewan Undangan Negeri (DUN) Hulu Kelang di sini, hari ini.

Perjumpaan di Pusat Khidmat Penyelaras DUN Hulu Kelang bertujuan mencari penyelesaian terbaik dalam menangani permasalahan yang berbangkit di kawasan AU2.

[caption id="attachment_661097" align="alignnone" width="824"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari bersama pemimpin setempat ketika program lawatan kawasan Parlimen Gombak di Pejabat Penyelaras DUN Hulu Kelang, Ampang Jaya pada 31 Ogos 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Pemimpin terlibat ialah Ahli Majlis Zon 1 Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Aziz Jalal; Pengerusi Persatuan Penduduk Bukit Baru, Hairizain Hashim dan pengurusan Madrasah Al-Ehsaniah.

Mereka mengutarakan isu ruangan parkir yang terhad di Klinik Kesihatan AU2 serta sekitar kawasan perumahan, pembangunan semula infrastruktur Surau Mawaqaf dan Madrasah Al-Ehsaniah, Hulu Kelang.

[caption id="attachment_661098" align="alignnone" width="890"] Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari selepas menunaikan solat zohor ketika program lawatan kawasan Parlimen Gombak di Surau Al Islah, Ampang Jaya pada 31 Ogos 2024. Foto FIKRI YUSOF/MEDIA SELANGOR[/caption]

Hadir sama dalam pertemuan dengan ahli parlimen Gombak itu ialah Penyelaras DUN Hulu Kelang Juwairiya Zulkifli, Yang Dipertua MPAJ Dr Ani Ahmad dan Pegawai Daerah Gombak Nor Azlina Abdul Aziz.

Amirudin menunaikan solat Zohor bersama penduduk di Surau Al Islah, AU2 sebelum menyantuni dan memenuhi permintaan jemaah untuk swafoto.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.