AMPANG JAYA, 31 OGOS: Orang Asli diminta menjaga kesihatan masing-masing termasuk mengambil vaksinasi demi memastikan kehidupan sentiasa dalam keadaan baik.
Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari berkata kaum minoriti itu juga perlu mendapatkan rawatan di hospital serta merujuk pegawai kesihatan sekiranya mengalami sakit kritikal.
[caption id="attachment_661039" align="aligncenter" width="812"]
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari berucap merasmikan program Karnival Kesihatan Bersama Orang Asli Kemensah di Dewan Orang Asli Kemensah, Ampang Jaya pada 31 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
“Jangan ada rasa takut. Pergi berjumpa doktor untuk periksa kesihatan. Ini penting untuk pastikan kehidupan sentiasa baik.
“Dapatkan juga perkara asas seperti suntikan vaksin. Ini juga penting untuk jamin kesihatan selain mendapatkan rawatan,” katanya ketika karnival kesihatan dan sambutan Hari Orang Asli Sedunia di Perkampungan Orang Asli Kemensah, di sini hari ini.
[caption id="attachment_661040" align="aligncenter" width="811"]
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari melawat reruai selepas merasmikan program Karnival Kesihatan Bersama Orang Asli Kemensah di Dewan Orang Asli Kemensah, Ampang Jaya pada 31 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
Ahli Parlimen Gombak itu turut memberi jaminan akan menyediakan pelbagai kemudahan bagi memberi kehidupan lebih selesa kepada penduduk situ.
“Akan ada benda yang ditambah baik seperti lampu jalan. Wakil rakyat sebelum ini Saari Sungip sudah baiki jalan.
“September ini kita akan hantar PA sistem (set siar raya) untuk kegunaan penduduk dan letak di balai raya supaya semua boleh gunakan,” katanya.
[caption id="attachment_661038" align="aligncenter" width="812"]
Orang Asli dari suku kaum Temuan mendapatkan perkhidmatan kseihatan dalam program Karnival Kesihatan Bersama Orang Asli Kemensah di Dewan Orang Asli Kemensah, Ampang Jaya pada 31 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
Dalam program berkenaan, Amirudin turut meninjau proses saringan kesihatan dilakukan pegawai kesihatan Hospital Orang Asli Gombak untuk penduduk kampung berkenaan.
Beliau turut menyerahkan bantuan bakul makanan kepada penduduk selain turut menyertai sambutan mini Kemerdekaan yang dianjur.
[caption id="attachment_661041" align="aligncenter" width="809"]
Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari menyampaikan sumbangan kepada wakil penduiduk dalam program Karnival Kesihatan Bersama Orang Asli Kemensah di Dewan Orang Asli Kemensah, Ampang Jaya pada 31 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_661037" align="aligncenter" width="810"]
Kanak-kanak Orang Asli dari suku kaum Temuan diajar cara menggosiok gigi dengan betul dalam program Karnival Kesihatan Bersama Orang Asli Kemensah di Dewan Orang Asli Kemensah, Ampang Jaya pada 31 Ogos 2024. Foto AHMAD ZAKKI JILAN/MEDIA SELANGOR[/caption]


