ad
AGENDA

Warga emas jatuh sungai ketika memancing ditemukan lemas

30 Ogos 2024, 2:00 PM
Warga emas jatuh sungai ketika memancing ditemukan lemas

KUALA TERENGGANU, 30 OGOS: Seorang warga emas ditemukan lemas selepas dipercayai terjatuh ke dalam sungai ketika memancing di Jeti Kampung Hiliran di sini hari ini.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuala Terengganu Rozizah Abni Hajar berkata mangsa dikenali sebagai Ahmad Ramzi Mohamad, 66, dari Kampung Seberang Baruh, Chabang Tiga di sini.

“Bomba menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 4.48 petang tadi sebelum menggerakkan 14 anggota termasuk Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) dan dua jentera dari BBP Kuala Terengganu dan BBP Jalan Kota ke lokasi.

“Tindakan PPDA membuat selaman di kawasan mangsa disyaki terjatuh membuahkan hasil apabila mangsa ditemukan pada kedalaman dua meter di lokasi kejadian pada 5.55 petang,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Rozizah berkata mayat mangsa telah diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut dan operasi pencarian ditamatkan pukul 6.27 petang.

- BERNAMA

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.