SHAH ALAM, 30 OGOS: Duli Yang Maha Mulia (DYMM) Sultan Selangor berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Hari Kemerdekaan ke-67 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, hari ini.
Sultan Sharafuddin Idris Shah tiba jam 12 tengah dengan diiringi Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari serta Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Haris Kasim.
Majlis itu dipimpin oleh Mufti Selangor Datuk Dr Anhar Opir yang turut disertai pegawai serta anggota pasukan keselamatan. Baginda kemudian menunaikan solat Jumaat dan mendengar khutbah bertajuk 'Sudah merdekakah kita'.
Hadir sama EXCO Agama Islam Dr Fahmi Ngah, EXCO Sukan Najwan Halimi, Pengerusi Majlis Agama Islam Selangor Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor Dato’ Mohd Shahzihan Ahmad, Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan serta Ahli Dewan Negeri (ADN) dan pegawai tinggi Kerajaan Negeri.
[caption id="attachment_660834" align="aligncenter" width="700"] Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Hari Kemerdekaan ke-67 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 30 Ogos 2024. Turut hadir ialah Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari. Foto ZULFADHLI ZAKI/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_660825" align="aligncenter" width="698"] Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Hari Kemerdekaan ke-67 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 30 Ogos 2024. Turut hadir ialah Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari. Foto ZULFADHLI ZAKI/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_660831" align="aligncenter" width="700"] Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Hari Kemerdekaan ke-67 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 30 Ogos 2024. Turut hadir ialah Dato' Menteri Besar Dato' Seri Amirudin Shari. Foto ZULFADHLI ZAKI/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_660828" align="aligncenter" width="700"] Pegawai serta anggota pasukan keselamatan hadir Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Hari Kemerdekaan ke-67 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 30 Ogos 2024. Foto ZULFADHLI ZAKI/MEDIA SELANGOR[/caption]
[caption id="attachment_660832" align="aligncenter" width="700"] Pegawai serta anggota pasukan keselamatan hadir Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Hari Kemerdekaan ke-67 di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah pada 30 Ogos 2024. Foto ZULFADHLI ZAKI/MEDIA SELANGOR[/caption]