ad
AGENDA

Sultan ingatkan wakil rakyat fokus isu penting, sidang dewan bukan tempat mencaci

18 Feb 2025, 5:03 AM
Sultan ingatkan wakil rakyat fokus isu penting, sidang dewan bukan tempat mencaci

SHAH ALAM, 18 FEB: Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor menitahkan ahli dewan negeri memfokuskan perkara penting melibatkan masa depan negeri dan rakyat sepanjang persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS).

Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj menegaskan persidangan DNS harus berlangsung dengan penuh berhemah, bukannya menjadi medan untuk menabur fitnah, caci-mencaci dan berperangai tidak senonoh.

“Hindarilah sebarang tindakan yang kurang sopan atau membesarkan perkara yang remeh. Rakyat sentiasa memerhati dan menilai setiap tingkah laku wakil rakyat yang mereka pilih,” titah Baginda ketika istiadat pembukaan sidang DNS, di sini hari ini.

Di akhir titah ucapan, Sultan Selangor mendoakan negeri ini serta seluruh rakyat baginda sentiasa dalam lindungan dan rahmat Allah Subhanahuwataala.

Persidangan DNS dijadualkan berlangsung bermula 18 Februari hingga 3 Mac.

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.