SHAH ALAM, 28 OGOS: Satu lagi insiden tanah mendap dilaporkan berlaku kira-kira 50 meter dari lokasi tanah jerlus di Jalan Masjid India.
Memetik laporan Facebook Bernama kejadian itu berlaku jam 2.30 pagi tadi berikutan hujan lebat.
Bagaimanapun, kawasan itu sudah ditutup sepenuhnya oleh pasukan keselamatan bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.
Orang awam juga tidak dibenarkan berada di lokasi berkenaan.
Jumaat lalu, pelancong wanita dari Kuppam, Andhra, India, Vijayaletchumy, 48, terjatuh ke lubang sedalam lapan meter akibat tanah jerlus di Jalan Masjid India.
Mangsa yang berada di negara ini bersama keluarga untuk melancong, dilaporkan sedang berjalan di kawasan berkenaan untuk ke sebuah kuil berhampiran bagi bersarapan sebelum kejadian itu berlaku.