AGENDA

Amaran hujan lebat di Klang, Kuala Langat hingga 10 malam

27 Ogos 2024, 11:15 AM
Amaran hujan lebat di Klang, Kuala Langat hingga 10 malam
Amaran hujan lebat di Klang, Kuala Langat hingga 10 malam

SHAH ALAM, 27 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat dan angin kencang melanda Klang serta Kuala Langat di Selangor hingga 10 malam.

MetMalaysia menjangkakan cuaca sama berlaku melibatkan beberapa kawasan di Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak dan Sabah.

Agensi itu memaklumkan di Facebook, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.

Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.

[caption id="attachment_660282" align="aligncenter" width="682"] Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.