AGENSI

Cakna kebajikan, MBI peruntuk RM40,000 baik pulih rumah asnaf

27 Ogos 2024, 7:56 AM
Cakna kebajikan, MBI peruntuk RM40,000 baik pulih rumah asnaf
Cakna kebajikan, MBI peruntuk RM40,000 baik pulih rumah asnaf
Cakna kebajikan, MBI peruntuk RM40,000 baik pulih rumah asnaf

KUALA SELANGOR, 27 OGOS: Sebanyak RM40,000 diperuntuk Yayasan Menteri Besar Selangor (Pemerbadanan) atau MBI untuk membaik pulih sebuah rumah asnaf di Kampung Permatang, di sini.

Ketua yayasan berkata peruntukan di bawah zakat wakalah MBI diharap memberi keselesaan kepada penghuninya sekali gus memastikan golongan asnaf, fakir, miskin dan fisabilillah terus dibantu.

“Kita terima permohonan daripada ketua kampung sekitar Mac lalu untuk membaik pulih rumah yang sudah uzur milik Mohd Faizal Hussin yang juga salah seorang asnaf Lembaga Zakat Selangor.

“Alhamdulillah kerja membaik pulih tandas, baik pulih dapur, cat dinding, ganti bumbung dan memasang siling selesai. MBI komited membantu serta meringankan beban golongan memerlukan,” kata Ahmad Azri Zainal Nor.

[caption id="attachment_660243" align="aligncenter" width="700"] Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor melawat kediaman penerima sumbangan membaik pulih rumah di Kampung Permatang, Kuala Selangor pada 27 ogos 2024. HAFIZ OTHMAN[/caption]

Ditemui ketika membuat lawatan ke rumah terbabit di Kampung Permatang di sini, Ahmad Azri berharap tuan rumah gembira dan berpuas hati dengan bantuan yang diberi.

“Kita berharap tuan rumah gembira dan dapat hidup dengan lebih selesa satu keluarga selepas kediaman mereka ini sudah dibaik pulih.

“MBI berusaha sedaya upaya untuk membantu keluarga asnaf, fakir, miskin dan fisabilillah kerana kita ada dana zakat wakalah yang memang disedia bagi membantu golongan tersebut,” katanya.

[caption id="attachment_660236" align="aligncenter" width="700"] Ketua Yayasan MBI Ahmad Azri Zainal Nor beramah mesra bersama penerima sumbangan membaik pulih rumah di Kampung Permatang, Kuala Selangor pada 27 ogos 2024. HAFIZ OTHMAN[/caption]