ad
AGENDA

SUKMA Hari Ke-13: Andrew Goh dinobat atlet lelaki terbaik

24 Ogos 2024, 1:14 AM
SUKMA Hari Ke-13: Andrew Goh dinobat atlet lelaki terbaik
SUKMA Hari Ke-13: Andrew Goh dinobat atlet lelaki terbaik

SHAH ALAM, 24 OGOS: Sebanyak 45 pingat emas dipertandingkan pada hari terakhir Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak, hari ini sekali gus menentukan kedudukan keseluruhan pingat SUKMA 2024.

Selangor menyasar memperoleh enam pingat emas menerusi acara ping pong, badminton berpasukan, catur individu, hoki, badminton perseorangan dan pelayaran.

Setakat malam tadi Selangor kekal di tangga ketiga carta kesuluruhan pingat SUKMA 2024 dengan 51 emas, 61 perak dan 50 gangsa dengan jumlah keseluruhan 162 pingat.

Berikut perkembangan semasa SUKMA Sarawak hari ini:

10 malam: Dato’ Menteri Besar Dato’ Seri Amirudin Shari menerima penyerahan bendera kejohanan Sukan Malaysia (SUKMA) pada majlis penutup temasya di Stadium Perpaduan, Kuching.

9.44 malam: Jaguh renang Selangor Andrew Goh Zheng Yen dinobat sebagai atlet lelaki terbaik Sukan Malaysia (SUKMA) 2024, manakala atlet menembak Negeri Sembilan Gan Chen Jie dianugerahkan atlet wanita terbaik.

9.27 malam: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Stadium Perpaduan, Kuching malam ini untuk rasmi majlis penutupan SUKMA 2024

[caption id="attachment_659854" align="aligncenter" width="618"] Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hadir ketika Majlis Penutupan Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak 2024 di Stadium Paduan, Petra Jaya pada 24 Ogos 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

8 malam: Catur berpasukan lelaki Selangor raih emas, pingat perak dimenangi Pulau Pinang dan gangsa milik Wilayah Persekutuan

7 malam: Kevin Mohan raih pingat perak bagi acara catur blitz individu lelaki.

6.45 petang: Muhammad Faizal Ahmad Asri sumbang emas ke-55 buat Selangor menerusi acara pelayaran kategori ILCA 7 lelaki

6 petang: Selangor raih pingat gangsa acara ping pong perseorangan lelaki menerusi Tey Hong Yu

5.25 petang: Atlet Gimnastik Artistik Lelaki Selangor Chong Mann Ming raih gangsa untuk kategori palang sejajar

5 petang: Wilayah Persekutuan raih 'ibu segala pingat' SUKMA 2024 selepas tewaskan Melaka 2-1 dalam aksi final bola sepak lelaki

4.20 petang: Atlet Gimnastik Artistik Selangor Cadence Zi Qi Teh raih emas dalam kategori Batang Titian.

4.00 petang: Pasukan e-sukan Negeri Sembilan raih emas acara Mobile Legends Bang-Bang, tewaskan Perak 3-2

3.00 petang: Pasangan Mohamad Haris Sufian Shazlan-Wong Zi Yi raih gangsa dalam acara beregu campuran badminton

2.15 petang: Atlet catur lelaki Selangor Lik Zang Lye meraih emas dalam kategori standard lelaki

1.50 tengah hari: Beregu lelaki badminton Selangor Lok Hong Quan-Muhammad Faiq Haziq Masawi mencipta kejutan apabila menewaskan pilihan utama dari Pulau Pinang Goh Boon Zhe-Rayner Beh Chun Meng untuk meraih pingat emas pada aksi final di Stadium Tertutup Sibu

1.40 tengah hari: Aman Sofee raih emas buat Melaka dalam perlawanan akhir Takken-8 individu lelaki.

1.10 tengah hari: Pasukan kriket wanita meraih pingat perak selepas menewaskan Perak dalam kategori Format T10 Wanita di Padang Kriket dan Ragbi Petra Jaya

1.00 tengah hari: Pemain badminton Selangor Letshanaa a/p Karupathevan meraih gangsa dalam acara perseorangan wanita selepas menewaskan rakan senegeri, Siti Nurshuhaini Azman

12.30 tengah hari: Perak raih emas acara petanque menerusi berpasukan lelaki

12.15 tengah hari: Pemain Sarawak Wong Ling Ching raih emas badminton perseorangan wanita, kalahkan wakil Pulau Pinang Oo Shan Zi

12.00 tengah hari: Atlet badminton Selangor Chua Kim Sheng meraih pingat gangsa selepas menewaskan atlet Wilayah Persekutuan Hooi Shao Herng dalam acara perseorangan lelaki.

11.50 pagi: Justin Hoh dari Wilayah Persekutuan raih emas badminton perseorangan lelaki, tewaskan Ong Zhen Yi dari Pulau Pinang

11.45 pagi: Pahang raih pingat emas hoki wanita selepas menewaskan Wilayah Persekutuan 5-3 menerusi penentuan penalti

11.40 pagi: Perak raih pingat emas hoki lelaki selepas kalahkan Pahang 3-2 menerusi penentuan penalti

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.