ad
AGENDA

Selangor kekal tangga ketiga carta keseluruhan pingat, raih 51 emas

23 Ogos 2024, 3:07 PM
Selangor kekal tangga ketiga carta keseluruhan pingat, raih 51 emas

SHAH ALAM, 21 OGOS: Selangor kekal di tangga ketiga carta kesuluruhan pingat Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 dengan 51 emas, 61 perak dan 50 gangsa setakat hari ke-12 temasya dwitahunan.

Hari ini, emas disumbangkan atlet olahraga lelaki, wanita dan angkat berat menerusi atlet Nur Ellyana Maisarah Norazman selepas menewaskan pasukan dari Kelantan, Pahang, Sarawak dan Melaka.

Emas turut disumbang Farra Irdina Mohd Zairi menerusi acara pencak silat wanita bawah 45kg.

Bagi acara berkumpulan, pingat emas buat Selangor disumbangkan pasukan bola tampar lelaki, futsal lelaki, bola keranjang wanita, bola keranjang lelaki, bola sepak wanita dan kuartet renang.

Hari ke-12 SUKMA juga menyaksikan pasukan beregu Jo Leen Saw dan Sharifah Elsa Wan Abdul Rahman raih emas bagi acara tenis wanita selepas menewaskan pasangan tuan rumah, 2-0.

Untuk esok, Selangor menyasarkan emas bagi acara ping pong, badminton berpasukan, catur individu, hoki, badminton perseorangan dan pelayaran.

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.