AGENDA

Banjir kilat landa tujuh lokasi di ibu negara

22 Ogos 2024, 11:53 AM
Banjir kilat landa tujuh lokasi di ibu negara
Banjir kilat landa tujuh lokasi di ibu negara

SHAH ALAM, 22 OGOS: Tujuh lokasi sekitar ibu negara dilanda banjir kilat susulan hujan lebat berterusan sejak petang tadi

Berdasarkan laporan Pusat Info Trafik dan Kawalan Lampu Isyarat Kuala Lumpur (KLCCC), lokasi terbabot adalah Segambut Bypass, Jalan Sultan Azlan Shah, Jalan Pahang, Jalan Genting-Klang dan Jalan Dutamas, lapor portal Harian Metro.

"Turut mengalami banjir kilat adalah Jalan Kepong dan Jalan Kuching," katanya ketika dihubungi.

Dalam pada itu, turut tular gambar beberapa kenderaan diparkir berhampiran Pusat Dagangan Dunia (WTC) Kuala Lumpur, ditenggelami air akibat hujan lebat, selain beberapa jalan utama di ibu negara sesak.

Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) memaklumkan pemantauan berterusan dijalankan pihaknya berikutan kejadian banjir kilat.

[caption id="attachment_659372" align="aligncenter" width="698"] Gambar tular banjir kilat melanda parkir di WTC, Kuala Lumpur pada 22 Ogos 2024.[/caption]

Apa reaksi anda?

Media Selangor
Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd (MSSB), anak syarikat Menteri Besar Selangor Diperbadankan (MBI), merupakan agensi media rasmi kerajaan Negeri Selangor. Selain portal berita Media Selangor (sebelum ini dikenali sebagai Selangorkini), Media Selangor turut menerbitkan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil, dan Inggeris.