SHAH ALAM, 21 OGOS: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) meramalkan hujan lebat melanda Kuala Lumpur, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat hingga 7 malam.
Agensi itu memaklumkan di Facebook, cuaca hujan disertai ribut petir juga dijangka berlaku beberapa kawasan di Kedah, Perak, Pahang, Johor, Sarawak dan Sabah.
MetMalaysia menjelaskan amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran.
Orang awam dinasihatkan merujuk laman sesawang http://www.met.gov.my, media sosial serta memuat turun aplikasi myCuaca bagi maklumat terkini dan sahih.
[caption id="attachment_659030" align="aligncenter" width="655"]
Foto Facebook Malaysian Meteorological Department[/caption]


