AGENDA

SUKMA Hari Ke-9: Selangor menang emas acara petanque beregu lelaki

20 Ogos 2024, 1:00 AM
SUKMA Hari Ke-9: Selangor menang emas acara petanque beregu lelaki
SUKMA Hari Ke-9: Selangor menang emas acara petanque beregu lelaki
SUKMA Hari Ke-9: Selangor menang emas acara petanque beregu lelaki
SUKMA Hari Ke-9: Selangor menang emas acara petanque beregu lelaki
SUKMA Hari Ke-9: Selangor menang emas acara petanque beregu lelaki
SUKMA Hari Ke-9: Selangor menang emas acara petanque beregu lelaki
SUKMA Hari Ke-9: Selangor menang emas acara petanque beregu lelaki
SUKMA Hari Ke-9: Selangor menang emas acara petanque beregu lelaki
SUKMA Hari Ke-9: Selangor menang emas acara petanque beregu lelaki
SUKMA Hari Ke-9: Selangor menang emas acara petanque beregu lelaki
SUKMA Hari Ke-9: Selangor menang emas acara petanque beregu lelaki
SUKMA Hari Ke-9: Selangor menang emas acara petanque beregu lelaki
SUKMA Hari Ke-9: Selangor menang emas acara petanque beregu lelaki

SHAH ALAM, 20 OGOS: Memasuki hari kesembilan Sukan Malaysia (SUKMA), Sarawak selaku tuan rumah kekal mengungguli carta dengan 34 emas diikuti Wilayah Persekutuan (27) dan Terengganu (12).

Selangor melonjakkan kedudukan ke tangga keempat (11 emas) berbanding ketujuh sebelum ini hasil sambaran emas menerusi atlet renang 100 meter (m) lelaki, Andrew Goh.

Turut mendapat juara, atlet olahraga 100m (Nur Afrina Batrisya Mohamad Rizal), 5,000m wanita (Esther Joy Hong Li Chen) dan karate kumite berpasukan wanita.

Hari ini, Selangor menyasar memperoleh emas dalam acara bola sepak wanita, ragbi lelaki dan wanita, angkat berat wanita, akuatik, olahraga dan badminton berpasukan campuran.

Berikut perkembangan semasa SUKMA Sarawak hari ini:

10.40 malam: Selangor merangkul pingat emas menerusi acara petanque beregu lelaki yang berlangsung di Arena Petanque Santubong, Kuching. Pingat perak dimenangi Perlis manakala Pulau Pinang meraih gangsa.

7.45 malam: Selangor meraih gangsa lari berganti-ganti 4x400m wanita dalam acara yang berlangsung di Stadium Sarawak, Petra Jaya, sebentar tadi.

Skuad dibarisi Nur Afrina Batrisyia Mohd Rizal, Khar Chuan Teoh, Andrew Goh Zheng Yen, Shun Qi Lim, Zi Xian Khew mencatat masa 4:00.30 saat. Pingat emas dimenangi Terengganu manakala Wilayah Persekutuan meraih perak.

[caption id="attachment_658867" align="aligncenter" width="700"] Pelari berganti-ganti 4x400m wanita Selangor meraih pingat gangsa dalam acara yang berlangsung di Stadium Sarawak, Petra Jaya pada 20 Ogos 2024. Foto FITRI HAZIM HAZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

7 malam: Pasukan renang 4x100m rampaian campuran Selangor memperaga aksi cemerlang di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Petra Jaya apabila menggondol emas.

Skuad dibarisi Khar Chuan Teoh, Andrew Goh Zheng Yen, Shun Qi Lim, Zi Xian Khew mencatat masa 4:00.30 saat(s) mengatasi pencabar terdekat Wilayah Persekutuan yang meraih perak.

[caption id="attachment_658864" align="aligncenter" width="700"] Pasukan renang 4x100m rampaian campuran Selangor meraih emas dalam acara yang berlangsung di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Petra Jaya pada 20 Ogos 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

6.08 petang: Acara renang 50m kupu-kupu individu wanita menyaksikan atlet Selangor Shun Qi Lim merangkul pingat perak selepas menamatkan saingan dengan catatan 28.44 saat(s).

Emas acara itu menjadi milik perenang Pahang Shi Qi Wong dengan 28.27s manakala Wei Yan Ho dari Wilayah Persekutuan (gangsa).

5.55 petang: Perenang Selangor Aslan Adnan menyumbang pingat gangsa acara 200 meter kuak lentang lelaki dengan catatan 2:11.44 saat

Emas diraih atlet Sarawak Puong Wei Hii manakala Boon David Lee dari Wilayah Persekutuan (Perak).

Seorang lagi perenang Selangor yang beraksi dalam kategori sama Kar Chuan Teoh di kedudukan keenam dengan mencatat 2:14.66s

[caption id="attachment_658846" align="aligncenter" width="700"] Perenang Selangor Aslan Adnan menyumbang pingat gangsa acara 200m kuak lentang lelaki Sukan Malaysia (SUKMA) di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Petra Jaya pada 20 Ogos 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

5.35 petang: Selepas mengungguli acara 100m semalam, pelari pecut Selangor Nur Afrina Batrisyia Mohd Rizal melebarkan penguasaan dengan meraih emas acara 200m di Stadium Sarawak, Petra Jaya.

Nur Afrina turut memecahkan rekod baharu temasya menerusi catatan masa 23.89 saat dicipta atlet Perak Noor Eewan Syafiqah Mohd Sabri dengan catatan 24.31s ketika edisi 2016, juga berlangsung di Stadium Sarawak.

Pingat perak menjadi milik pelari Terengganu Izzatul Musfirah Ahmad Kamal Azira merakam kepantasan 24.52s.

Pelari tuan rumah Ormilla Octavia Codday Nyadau meraih gangsa dengan catatan 24.94s.

[caption id="attachment_658831" align="aligncenter" width="699"] Pelari pecut Selangor Nur Afrina Batrisyia Mohd Rizal meraikan kejayaan selepas memecahkan rekod temasya Sukan Malaysia (SUKMA) di Stadium Sarawak, Petra Jaya pada 20 Ogos 2024. Foto FITRI HAZIM HAZAM/MEDIA SELANGOR[/caption]

5.28 petang: Atlet Selangor Khew Zi Xian menuai emas acara renang 100m gaya bebas wanita dengan catatan 58.36 saat(s).

Perak dirangkul atlet Sabah Yie Bing Loo manakala atlet Melaka Lynna Yi J Yeow (gangsa).

[caption id="attachment_658844" align="aligncenter" width="700"] Atlet Selangor Khew Zi Xian meraih emas acara 100m gaya bebas wanita Sukan Malaysia (SUKMA) di di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Petra Jaya pada 20 Ogos 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/SELANGORKINI[/caption]

5.00 petang: Penyokong Selangor mula memenuhi tempat duduk Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Petra Jaya, Kuching bagi memberi sokongan kepada atlet yang akan bersaing pada pusingan akhir acara renang.

Atlet terlibat ialah Andrew Goh dan Henry Goh Li Hen (200 meter rampaian individu), Zhi Yang Ho (50 meter kupu-kupu), Teoh Khar Chuan (200 meter kuak lentang), Loke Yiew Jien serta Jayden Goh Li Jie (100 meter gaya bebas).

[caption id="attachment_658821" align="alignnone" width="803"] Atlet renang Selangor sedang melakukan pemanasan badan dan persediaan ketika acara renang pada Sukan Malaysia (SUKMA) 2024 di Pusat Akuatik Pandelela Rinong, Kuching pada 19 Ogos 2024. Foto HAFIZ OTHMAN/MEDIA SELANGOR[/caption]

4.42 petang: Beregu lelaki skuasy dimenangi atlet Sarawak manakala begeru wanita dimenangi Melaka

4.29 petang: Atlet taekwondo wanita acara tidak melebihi 46kg dan tidak melebihi 49kg hadiahkan dua perak buat Selangor

[caption id="attachment_658815" align="alignnone" width="798"] Taekwondo acara tidak lebih 46kg. Foto Facebook MSN Selangor[/caption]

4.00 petang: Atlet Selangor, Lie Yee Teng menang pingat emas acara 100 meter lari berpagar wanita

3.27 petang: Taekwondo lelaki bawah 74kg dimenangi atlet Terengganu manakala wanita bawah 62kg dimenangi Wilayah Persekutuan

3.00 petang: Sabah menang dua emas acara sepak takraw beregu wanita dan quadrant wanita

2.45 petang: Bryan Leong Xin Ren atlet dari Wilayah Persekutuan cipta rekod baharu acara 50m gaya kuak kupu-kupu lelaki (saringan), apabila catat 24.81 saat

[caption id="attachment_658785" align="alignnone" width="784"] Atlet pencak silat Wan Mazlin Ayuni Wan Khairul Ridzuan. Foto Facebook MSN Selangor[/caption]

2.26 petang: Atlet pencak silat (seni) acara tunggal putri raih gangsa untuk Selangor

2.17 petang: Muhammad Adam Mukhirz Mohd Hafidz sumbang perak ke-28 Selangor menerusi acara angkat berat tidak melebihi 67kg lelaki

2.05 petang: Selangor berjaya menambah dua emas, tiga perak dan tiga gangsa untuk berada di tempat keempat dengan pungutan 61 pingat

[caption id="attachment_658773" align="alignnone" width="876"] Atlet silambam acara thanitiramai stick lelaki, M Sarveshaa. Foto Facebook MSN Selangor[/caption]

1.57 tengah hari: Silambam acara thanitiramai stick lelaki menyumbang emas ke-13 Selangor

1.43 tengah hari: Atlet silambam, S Kahlisswaran dan M Harini raih dua gangsa dalam acara individu kuthu varisai lelaki dan wanita

[caption id="attachment_658770" align="alignnone" width="787"] Aksi Atlet silambam Selangor menerusi acara kuthu varisai di Satol Ballroom Hikmah Exchange Event Centre, Kuching pada 20 Ogos 2024. Foto Facebook MSN Selangor[/caption]

1.21 tengah hari: Selangor raih emas ke-12 menerusi acara badminton berpasukan campuran dengan menewaskan Wilayah Persekutuan 3-1

12.30 tengah hari: Juara bertahan Pahang melangkah ke separuh akhir acara hoki lelaki selepas membelasah Perlis 9-1

11.55 pagi: Atlet pencak silat ganda lelaki sumbang perak ke-26 untuk Selangor

[caption id="attachment_658782" align="aligncenter" width="746"] Atlet pencak silat kategori ganda lelaki, Ikmal Fahmi Ashar dan Ikmal Fahri Ashar. Foto Facebook MSN Selangor[/caption]

11.35 pagi: Selangor menambah pingat perak menerusi acara pencak silat regu lelaki

11.02 pagi: Johor meraih emas acara lompat jauh wanita diikuti Kelantan (perak) dan Sarawak (gangsa)

9.53 pagi: Atlet olahraga Wilayah Persekutuan, Kristian Tung menang emas acara 10,000 meter (m) lelaki diikuti Muhammad Farooq Muhammad Zubair Kanan (Perak) dan Nikos Tai Lee Onn (Sabah)