ad
AGENDA

900 majikan tempatan gaji pekerja asing ditahan takat 16 Ogos

19 Ogos 2024, 9:22 AM
900 majikan tempatan gaji pekerja asing ditahan takat 16 Ogos

PUTRAJAYA, 19 OGOS: Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) tidak berkompromi dengan majikan yang menggaji pendatang asing tanpa izin (Pati) dan tindakan tegas akan diambil.

Ketua Pengarah Imigresen Datuk Ruslin Jusoh berkata 900 majikan kebanyakan rakyat tempatan ditahan dari 1 Januari hingga 16 Ogos lalu kerana menggaji Pati.

Dalam tempoh itu juga, beliau berkata 11,903 operasi dijalankan dan pemeriksaan di 106,432 lokasi menyaksikan penahanan 29,030 Pati yang menyalahi Akta Imigresen dan Akta Pasport.

"Bagi tempoh sekarang sehingga akan datang antara fokus utama JIM untuk mengenal pasti majikan yang menggaji Pati. Di luar sana ramai Pati, siapa yang menyumbang kepada ramai Pati yang bekerja … majikan kita (tempatan).

“Kalau majikan tidak ambil Pati bekerja maka kita tidak jumpa di kedai," katanya dalam sidang media di sini hari ini.

Ruslin berkata beliau menerima banyak aduan mengenai keberadaan Pati di kedai makan dan majikan bakal berdepan tindakan tegas kerana menggaji Pati yang tiada dokumen sah atau tinggal melebihi tempoh masa ditetapkan.

"Peringatan kepada majikan jangan sesekali menggaji Pati. Ini menjadi satu kesalahan besar di bawah Akta Imigresen. Sesiapa yang datang (bekerja) perlu mengikut proses yang betul," katanya.

- BERNAMA

 

Mengenai Kami

Media Selangor Sdn Bhd, anak syarikat Pemerbadanan Menteri Besar Selangor (MBI), berperanan sebagai agensi media Kerajaan Negeri. Selain portal Selangorkini dan SelangorTV, syarikat ini juga menerbitkan portal dan akhbar dalam bahasa Mandarin, Tamil dan Inggeris.